Atiqah Nurfatma Nor

Atiqah Nur Fatma Nor atau lebih dikenali sebagai Dynda merupakan vokalis kumpulan Numerus, yang dikenali melalui penampilan unik dengan rambut berwarna merah jambu. Dynda yang berasal dari Kuching, Sarawak mengangap bahawa penampilannya berambut merah sebagai tidak meniru sesiapa atau menjadikan sesiapa sebagai rujukan, sebaliknya bagi menggayakan apa yang dirasakannya selesa.Selain menyanyi, Dynda turut membabitkan diri dalam bidang jahitan yang turut diminatinya itu. Dia sudah lama terbabit dalam kerja-kerja menjahit, dan kebanyakan jahitan yang dihasilkannya adalah jenis kasual dan baju perkahwinan.